Sunday, 1 January 2012

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahagian C

Hari ini cikgu hendak tunjukkan format jawapan untuk soalan kertas 2 Bahagian C. Untuk Kertas Bahasa Melayu SJK, murid perlu menyenaraikan 4 nilai murni sahaja. Walaubagaimanapun, untuk Kertas Bahasa Melayu SK,murid perlu menyenaraikan 5 nilai murni.  

 

Rangka jawapan Bahagian C (20 markah)
          Berdasarkan petikan, kita perlu ( NILAI MURNI 1 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 1 ) .Selain itu, kita mestilah ( NILAI MURNI 2 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 2). Seterusnya, kita hendaklah  ( NILAI MURNI 3 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 3). Akhirnya, kita harus (NILAI MURNI 4 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 4).


Contoh Soalan:
Tulis nilai murni dalam satu perenggan.
Ali murid tahun 6 Merah. Dia sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Dia bercita-cita untuk menjadi peguam apabila besar kelak. Dia akan bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Sekolahnya terletak di kawasan bandar.
Dia juga akan bersalam dengan ibunya sebelum pergi ke sekolah.Restu ibu amat penting supaya kita mudah untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk ke sekolah, dia menunggang basikalnya yang baharu dibeli. Dia menunggang basikalnya dengan berhati-hati.

Contoh jawapan:
Berdasarkan petikan, kita perlu bersikap rajin dengan belajar bersungguh-sungguh.Selain itu, kita mestilah menjaga kesihatan dengan bersarapan pagi. Seterusnya, kita hendaklah menghormati ibu   dengan bersalam dengan ibu sebelum pergi ke sekolah . Akhirnya, kita harus menjaga keselamatan dengan menunggang basikal dengan berhati-hati.

 Pesanan cikgu, untuk Bahasa Melayu SJK, JANGAN senaraikan lebih daripada 4 nilai murni. Untuk Bahasa Melayu SK, JANGAN senaraikan lebih daripada 5 nilai murni.

 

No comments: