Sunday, 15 January 2012

Kata Seru

Kata seru merupakan kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.


Kata seru di bawah biasa digunakan:-


1) Ah ----->Tidak setuju


2) Oh -----> Kecewa


3) Eh ----->Amat hairan dan terkejut


4) Cis ----> Geram, marah

Contoh:

Cis, kau memang kejam!


5) Wah ----> Kagum dan hairan


6) Hai ----> Menyapa/memanggil


7) Aduh ---->Sakit

Contoh :

a) Aduh,sakitnya!

b) Peningnya

c) Bisanya


8) Aduhai --->Sedih

Contoh:

Aduhai, malangnya nasibku!


9) Amboi --->Kagum atau mengusik

Contoh:

Amboi, cantiknya awak!


10) Syabas / Tahniah --->Gembira, menang


11) Wahai ---> Merayu
Contoh:
Wahai anak-anak ku!


12) Nah ---> Memberi


13) Takziah --->Berita sedih

Sunday, 8 January 2012

Imbuhan me...

Imbuhan banyak memberi masalah terutama kepada murid yang bukan berbangsa Melayu.

Oleh yang demikian, ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.

me - l,m,n,ng,ny,w,r

mem - b,f,p

men - c,d,j,t,z

meng - a,e,i,o,u,g,h,k

meny - s

menge - cat,pos,lap,tin

Untuk menang ingat, saya bina sebuah ayat ...

"boy friend pakai cd jalan tengok zoo" = b,f,p...c,d,j,t,z
(Hanya untuk imbuhan mem dan men.

Selain daripada itu, ingatlah seperti biasa.

Untuk petua di atas, murid perlu tahu kata dasar.

Contoh:-

lapah = melapah
buat = membuat
jadi = menjadi
ikut = mengikut

Untuk 4 perkataan iaitu cat, pos,lap dan tin, imbuhan menge digunakan.
Contoh:-
cat = mengecat

Untuk perkataan yang bermula dengan huruf f,k,s,p,t - Murid hendaklah membuang huruf pertama daripada kata dasar.
Contoh:-

ketuk = mengetuk

Perhatikan betul-betul. Huruf k sudah tiada apabila meletakkan imbuhan menge.

Untuk memudahkan lagi, ia boleh diingat dengan mengingat ayat di bawah:-

"Fatimah kalau sakit pergi tidur"

Sunday, 1 January 2012

Teknik Menjawab Kertas 2 Bahagian C

Hari ini cikgu hendak tunjukkan format jawapan untuk soalan kertas 2 Bahagian C. Untuk Kertas Bahasa Melayu SJK, murid perlu menyenaraikan 4 nilai murni sahaja. Walaubagaimanapun, untuk Kertas Bahasa Melayu SK,murid perlu menyenaraikan 5 nilai murni.  

 

Rangka jawapan Bahagian C (20 markah)
          Berdasarkan petikan, kita perlu ( NILAI MURNI 1 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 1 ) .Selain itu, kita mestilah ( NILAI MURNI 2 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 2). Seterusnya, kita hendaklah  ( NILAI MURNI 3 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 3). Akhirnya, kita harus (NILAI MURNI 4 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 4).


Contoh Soalan:
Tulis nilai murni dalam satu perenggan.
Ali murid tahun 6 Merah. Dia sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Dia bercita-cita untuk menjadi peguam apabila besar kelak. Dia akan bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Sekolahnya terletak di kawasan bandar.
Dia juga akan bersalam dengan ibunya sebelum pergi ke sekolah.Restu ibu amat penting supaya kita mudah untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk ke sekolah, dia menunggang basikalnya yang baharu dibeli. Dia menunggang basikalnya dengan berhati-hati.

Contoh jawapan:
Berdasarkan petikan, kita perlu bersikap rajin dengan belajar bersungguh-sungguh.Selain itu, kita mestilah menjaga kesihatan dengan bersarapan pagi. Seterusnya, kita hendaklah menghormati ibu   dengan bersalam dengan ibu sebelum pergi ke sekolah . Akhirnya, kita harus menjaga keselamatan dengan menunggang basikal dengan berhati-hati.

 Pesanan cikgu, untuk Bahasa Melayu SJK, JANGAN senaraikan lebih daripada 4 nilai murni. Untuk Bahasa Melayu SK, JANGAN senaraikan lebih daripada 5 nilai murni.