Kata seru merupakan kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
Kata seru di bawah biasa digunakan:-
1) Ah ----->Tidak setuju
2) Oh -----> Kecewa
3) Eh ----->Amat hairan dan terkejut
4) Cis ----> Geram, marah
Contoh:
Cis, kau memang kejam!
5) Wah ----> Kagum dan hairan
6) Hai ----> Menyapa/memanggil
7) Aduh ---->Sakit
Contoh :
a) Aduh,sakitnya!
b) Peningnya
c) Bisanya
8) Aduhai --->Sedih
Contoh:
Aduhai, malangnya nasibku!
9) Amboi --->Kagum atau mengusik
Contoh:
Amboi, cantiknya awak!
10) Syabas / Tahniah --->Gembira, menang
11) Wahai ---> Merayu
Contoh:
Wahai anak-anak ku!
12) Nah ---> Memberi
13) Takziah --->Berita sedih
Jom Belajar Bahasa Melayu
"Menuntut ilmu itu wajib atas tiap orang muslim"
Sunday, 15 January 2012
Sunday, 8 January 2012
Imbuhan me...
Imbuhan banyak memberi masalah terutama kepada murid yang bukan berbangsa Melayu.
Oleh yang demikian, ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.
me - l,m,n,ng,ny,w,r
mem - b,f,p
men - c,d,j,t,z
meng - a,e,i,o,u,g,h,k
meny - s
menge - cat,pos,lap,tin
Untuk menang ingat, saya bina sebuah ayat ...
"boy friend pakai cd jalan tengok zoo" = b,f,p...c,d,j,t,z
(Hanya untuk imbuhan mem dan men.
Selain daripada itu, ingatlah seperti biasa.
Untuk petua di atas, murid perlu tahu kata dasar.
Contoh:-
lapah = melapah
buat = membuat
jadi = menjadi
ikut = mengikut
Untuk 4 perkataan iaitu cat, pos,lap dan tin, imbuhan menge digunakan.
Contoh:-
cat = mengecat
Untuk perkataan yang bermula dengan huruf f,k,s,p,t - Murid hendaklah membuang huruf pertama daripada kata dasar.
Contoh:-
ketuk = mengetuk
Perhatikan betul-betul. Huruf k sudah tiada apabila meletakkan imbuhan menge.
Untuk memudahkan lagi, ia boleh diingat dengan mengingat ayat di bawah:-
"Fatimah kalau sakit pergi tidur"
Oleh yang demikian, ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.
me - l,m,n,ng,ny,w,r
mem - b,f,p
men - c,d,j,t,z
meng - a,e,i,o,u,g,h,k
meny - s
menge - cat,pos,lap,tin
Untuk menang ingat, saya bina sebuah ayat ...
"boy friend pakai cd jalan tengok zoo" = b,f,p...c,d,j,t,z
(Hanya untuk imbuhan mem dan men.
Selain daripada itu, ingatlah seperti biasa.
Untuk petua di atas, murid perlu tahu kata dasar.
Contoh:-
lapah = melapah
buat = membuat
jadi = menjadi
ikut = mengikut
Untuk 4 perkataan iaitu cat, pos,lap dan tin, imbuhan menge digunakan.
Contoh:-
cat = mengecat
Untuk perkataan yang bermula dengan huruf f,k,s,p,t - Murid hendaklah membuang huruf pertama daripada kata dasar.
Contoh:-
ketuk = mengetuk
Perhatikan betul-betul. Huruf k sudah tiada apabila meletakkan imbuhan menge.
Untuk memudahkan lagi, ia boleh diingat dengan mengingat ayat di bawah:-
"Fatimah kalau sakit pergi tidur"
Sunday, 1 January 2012
Teknik Menjawab Kertas 2 Bahagian C
Hari ini cikgu hendak tunjukkan format jawapan untuk soalan kertas 2
Bahagian C. Untuk Kertas Bahasa Melayu SJK, murid perlu menyenaraikan 4
nilai murni sahaja. Walaubagaimanapun, untuk Kertas Bahasa Melayu
SK,murid perlu menyenaraikan 5 nilai murni.
Rangka jawapan Bahagian C (20 markah)
Berdasarkan petikan, kita perlu ( NILAI MURNI 1 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 1 ) .Selain itu, kita mestilah ( NILAI MURNI 2 ) dengan (HURAIAN DALAM PETIKAN 2). Seterusnya, kita
hendaklah ( NILAI MURNI 3 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 3). Akhirnya, kita harus (NILAI MURNI 4 ) dengan ( HURAIAN DALAM PETIKAN 4).
Contoh Soalan:
Tulis nilai murni
dalam satu perenggan.
Ali
murid tahun 6 Merah. Dia sentiasa belajar
bersungguh-sungguh. Dia bercita-cita untuk menjadi peguam apabila besar
kelak. Dia akan bersarapan pagi sebelum pergi ke
sekolah. Sekolahnya terletak di kawasan bandar.
Dia
juga akan bersalam dengan ibunya sebelum pergi ke sekolah.Restu ibu amat penting supaya
kita mudah untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk ke sekolah, dia
menunggang basikalnya yang baharu dibeli. Dia menunggang basikalnya dengan berhati-hati.
Contoh jawapan:
Berdasarkan
petikan, kita perlu bersikap rajin dengan belajar bersungguh-sungguh.Selain itu, kita
mestilah menjaga kesihatan dengan bersarapan pagi. Seterusnya, kita hendaklah menghormati ibu
dengan bersalam
dengan ibu sebelum pergi ke sekolah . Akhirnya, kita harus menjaga keselamatan
dengan menunggang basikal dengan berhati-hati.
Pesanan cikgu, untuk Bahasa Melayu SJK, JANGAN senaraikan lebih daripada 4 nilai murni.
Untuk Bahasa Melayu SK, JANGAN senaraikan lebih daripada 5 nilai murni.
Subscribe to:
Posts (Atom)